Sunday, July 20, 2014

Garis Masa Teknologi

3500 sebelum masihi - orang Sumeria telah mencipta penulisan kuneiform.
1500 sebelum masihi - orang Poenix telah mencipta huruf.
105 sebelum masihi - Tsai Lun dari negara China telah mencipta kertas.
Tahun 1451 - cetakan pertama bermula apabila adanya mesin pencetak dicipta
Tahun 1793 - telegraf dicipta..
Tahun 1876 - telefon pertama diperkenalkan. 
Tahun 1952 - televisyen dicipta dan diperkenalkan kepada orang ramai.
Tahun 1941 - komputer dicipta.
Tahun 1958 - mesin fotokopi / fotostat diperkenalkan.
Tahun 1963 - komunikasi satelit diperkenalkan.
Tahun 1969 - Internet pertama diperkenalkan sebagai ARPANET diperkenalkan.

Apa itu komputer ?

Komputer adalah mesin kegunaan am yang memproses data mengikut set arahan-arahan yang diberikan. Set arahan-arahan ini dipanggil 'program'.  Daripada pemahaman pengguna biasa, komputer adalah boleh didefinasikan sebagai peranti elektronik yang mempunyai kebolehan untuk memproses data dan kemudian menukarkannya kepada maklumat yang berguna untuk/kepada manusia.

Apabila ramai orang bercakap tentang komputer hari ini, mereka akan merujuk kepada komputer digital elektronik seperti komputer peribadi, laptop, komputer tangan atau komputer besar yang digunakan untuk perniagaan.  Terma 'digital' bermaksud ia menggunakan pengiraan berdasarkan digit binari.  Binari adalah satu sistem nombor notasi yang menggunakan nombor "0" dan "1" dalam kombinasi yang pelbagai.  Litar elektronik yang "on" atau "off" keadaan elektrikalnya untuk mewakili nombor-nombor binari "1" dan "0" di dalam komputer secara dalaman.


Contoh komputer desktop/meja yang ada pada hari ini

Friday, July 18, 2014

Teknologi

Apa itu teknologi ?

Teknologi adalah penggunaan ilmu pengetahuan, pengalaman dan sumber secara saintifik untuk mencipta proses dan produk yang dapat memenuhi kehendak manusia.  Teknologi adalah penting di dalam komunikasi.

  • Komunikasi Bantuan - Telefon dan mesin faks adalah peranti-peranti yang digunakan dalam meneruskan komunikasi.

  • Komunikasi Penyebaran - Untuk menyebarkan malumat seperti berita atau laporan ramalan cuaca secara berkesan.  Radio, televisyen, satelit dan 'World Wide Web' (www) adalah alatan yang berkuasa yang sering digunakan.

Komunikasi

Apa itu komunikasi ?

Komunikasi ialah satu tindakan menghantar mesej atau pesanan.  Ia adalah proses di mana maklumat bertukar antara individu menggunakan simbol, tanda atau interaksi lisan.  Sebelum ini, manusia berkomunikasi melalui tanda atau simbol, mempersembahkan drama dan puisi.  Kini, dengan kemajuan teknologi, cara-cara lama ini semakin kurang digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan internet, emel atau persidangan video.

Komunikasi adalah penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan.  Dengan ilmu pengetahuan, kita akan lebih yakin dalam menyampaikan/meluahkan idea dan fikiran kita.


Thursday, July 17, 2014

Maklumat

Apa itu maklumat ?

Maklumat merujuk kepada ilmu pengetahuan yang didapati daripada pembacaan, penyiasatan, pelajaran dan kajian.

Alatan untuk menghantar maklumat adalah seperti telefon, televisyen dan radio.

Kita perlu malumat untuk membuat keputusan dan menjangka masa hadapan.  Sebagai contoh, saintis boleh mengenalpasti maklumat/info tentang tsunami dengan menggunakan teknologi terkini dan boleh memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelakkan bencana di dalam kawasan yang dikenalpasti menghadapinya.

Maklumat juga adalah pengetahuan dan membantu kita untuk memenuhi tugasan harian kita.  Contohnya, menjangka pasaran tukaran mata wang asing/stok.


Monday, July 14, 2014

Pengenalan kepada ICT atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Apakah maksud TMK?

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK adalah teknologi yang digunakan dan diperlukan untuk menguruskan dan memproses maklumat.  Dengan kata mudah, ia adalah bermaksud penggunaan komputer-komputer berelektronik, peranti-peranti komunikasi dan aplikasi-aplikasi perisian untuk menukar, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan menerima maklumat dari mana-mana dan di mana-mana.  Disebabkan itu, pakar komputer selalu dipanggil pakar Teknologi Maklumat dan pegawai Teknologi Maklumat.

 


Sunday, July 6, 2014