- Pengenalan pengguna - (sesuatu yang kita tahu - perlu untuk mengingat). Pengenalan pengguna adalah gabungan unik bagi aksara (huruf, nombor atau simbol) yang mengenalpasti pengguna yang spesifik. Contoh bagi pengenalan komputer adalah nombor pin dan katalaluan.
✿ Blog ini adalah berkenaan tentang subjek ICT Tingkatan 4 dan 5 serta subjek ICTL Tingkatan 1 dan 2 ❀
Friday, November 28, 2014
Teknologi-teknologi Pengesahan
Pengesahan adalah proses di mana pengguna mengesahkan identiti mereka. Pengesahan adalah berhubung dengan masalah bagi menentukan sama ada pengguna patut akses dibenarkan untuk sistem tertentu, Empat cara pengesahan yang biasa :
Cara-cara untuk menjadikan data peribadi lebih terpelihara/dilindungi
- Membeli barangan dengan tunai berbanding menggunakan kad kredit.
- Memasang tembok api peribadi.
- Bersihkan fail history anda apabila anda selesai melayari internet.
- Catatkan nombor telefon yang tidak tersenarai atau dalam simpanan.
- Hanya isikan maklumat penting pada borang pendaftaran yang mempunyai jaminan.
Thursday, November 27, 2014
Etika Komputer dan Isu yang Menyalahi Undang-undang
Definisi :
- Etika komputer adalah sistem piawaian piawaian atau nilai moral yang digunakan sebagai garis panduan untuk pengguna komputer.
- Kod etika adalah garis panduan dalam ICT yang membantu menetukan sama ada tindakan komputer spesifik adala beretika atau tidak beretika.
- Harta intelek adalah hasil kerja yang dicipta oleh pereka-perka, pengarang-pengarang dan -pelukis-pelukis.
- Kebersendirian adalah merujuk kepada hak individu dan syarikat untuk menafikan atau menyekat koleksi dan penggunaan maklumat tentang mereka.
- Jenayah komputer adalah apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-undang yang melibatkan komputer.
- Undang-undang siber adalah apa-apa undang-undang yang berkaitan untuk melindungi Internet dan teknologi-teknologi komunikasi atas talian.
Tuesday, November 25, 2014
Undang-undang Harta Intelek
Undang-undang harta intelek melindungi idea, ciptaan/rekaan, penciptaan literasi, nama unik, modal perniagaan, proses perindustrian, kod program komputer dan banyak lagi.
Empat jenis Harta Intelek adalah :
Empat jenis Harta Intelek adalah :
- Paten untuk ciptaan/rekaan
- Tanda dagangan untuk identiti jenama
- Reka bentuk untuk penampilan produk
- Hak cipta untuk material/bahan
Perbezaan Etika dengan Undang-undang
Etika
|
Undang-undang
|
Sebagai garis panduan
untuk pengguna komputer
|
Sebagai peraturan untuk
mengawal pengguna komputer
|
Pengguna komputer adalah bebas
mengikut atau mengabaikan kod etika
|
Pengguna komputer mesti
mengikut peraturan dan undang-undang
|
Universal
iaitu boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja satu dunia
|
Bergantung pada negara dan
negeri di mana jenayah itu berlaku
|
Untuk menghasilkan pengguna
komputer yang beretika
|
Untuk menghalang/mengelakkan
komputer disalahgunakan
|
Tidak
mengikut etika adalah dipanggil tidak
bermoral
|
Tidak mematuhi undang-undang
adalah dipanggil jenayah
|
Kesan ICT/TMK kepada Masyarakat
Kesan Positif :
- Kelajuan komunikasi lebih cepat. Dengan adanya internet, berita dan pesanan boleh dihantar secara emel kepada sesiapa secara efisyen. Dengan kebolehan jalur lebar dan kelajuan sambungan pada internet, apa-apa maklumat boleh sampai dengan laju.
- Kos komunikasi lebih rendah. Dengan menggunakan internet, kita tidak perlu membayar apa-apa perkhidmatan asas yang dibekalkan oleh talian internet. Tambahan lagi, kos sambungan pada internet adalah agak murah.
- Orang boleh berkongsi pendapat dan maklumat melalui kumpulan perbincangan dan forum melalui internet.
- Maklumat boleh disimpan dan diterima melalui media digital dan kurang menggunakan kertas (persekitaran kurang kertas).
- Maklumat dan komunikasi adalah tanpa sempadan melalui internet. Dengan menggunakan internet, masyarakat di seluruh dunia boleh berhubung antara satu sama lain dengan mudah.
Kesan Negatif :
- Maklumat tanpa sempadan pada masa-masa tertentu boleh menjadi negatif kerana ia menggalakkan masyarakat untuk mengakses video lucah dan laman web ganas. Ia boleh menyebabkan nilai moral menjadi rendah. Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti berjudi, kecurian maklumat dan penipuan.
- Komputer boleh membahayakan sesiapa jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang lama secara kerap.
Perbezaan antara berkomputer dengan tidak berkomputer
Perbankan
Pendidikan
Computerized
|
Non-Computerized
|
Semua aktiviti perbankan dilakukan dengan menggunakan komputer
|
Semua aktiviti perbankan dilakukan secara manual.
|
Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila
masa
|
Transaksi hanya boleh dilakukan semasa waktu
bekerja
|
Ia mengambil masa yang sangat
singkat untuk
apa-apa proses perbankan
|
Ia mengambil masa yang lama untuk apa-apa proses perbankan
|
Lebih produktif
|
Kurang produktif
|
Perindustrian
Computerized
|
Non-Computerized
|
Produksi menjadi pantas : boleh dipertingkatakan melalui operasi seharian
|
Produksi menjadi perlahan kerana dilakukan secara manual dan bergantumg kepada tenaga manusia.
|
Pendidikan
Computerized
|
Non-Computerized
|
Guru menggunakan
komputer untuk membuat kajian tentang bahan bantu mengajar, melibatkan
diri dalam forum atas talian dan persidangan secara atas talian.
|
Guru menggunakan
kapur dan percakapan untuk mengajar, perbualan dan persidangan
|
Monday, November 24, 2014
Penggunaan ICT dalam Kehidupan Seharian
Pendidikan :
- Guru mengggunakan komputer untuk membuat kajian tentang bahan pengajaran, menyertai forum atas talian dan sidang video atas talian.
- Pelajar menggunakan komputer sebagai alat rujujan untuk mencari maklumat di dalam internet.
- Para pengkaji menggunakan komputer untuk mengumpul dan memproses data.
- Pentadbir sekolah menggunakan komputer untuk tujuan pentadbiran bagi memastikan keseluruhan operasi berjalan dengan lancar.
Perbankan :
- Komputer digunakan dalam perbankan kerana pentadbir bank boleh mengawal keseluruhan sistem perbankan dan aktiviti perbankan untuk keseluruhan sisten perbankan seperti perundingan, transaksi antara cawangan (IBT) dan traksaksi telegrafik.
- Untuk membekalkan perkhidmatan perbankan untuk pelanggan, Pelanggan boleh membuat apa-apa transaksi pada 24 jam pusat perkhidmatan.
- Ahli perniagaan boleh menjimatkan masa mereke dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh bank-bank. Mereka juga boleh mengakses akaun syarikat untuk aplikasi pinjaman, traksaksi perniagaan dan mengemaskini aliran tunai mereka bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Perindustrian :
- Komputer diguanakan dalam peridustrian kerana :
- Untuk memudahkan perancangan produksi dan sistem kawalan.
- Untuk membantu proses pengilangan dengan mengguakan CAM.
- Untuk membantu dalam rekaan produk dengan mengguanakan CAD.
- Untuk membantu pekerja mengoperasikan mesin. Kadangkala, robot juga digunakan untuk membawa tugas-tugas yang bahaya,
- Untuk membantu para pengkaji menganalisis dan mengumpul data carian untuk rujukan pada masa hadapan.
- Untuk membantu pentadbir dalam memerhati dan mengawal keseluruhan operasi di dalam kilang.
E-dagang :
- Komputer digunakan di dalam e-dagang kerana :
- Untuk menjadikan aktiviti membeli dan menjual lebih cepat dan lebih efisyen melalui internet.
- Untuk menghubung secara atas talian antara pelanggan dengan pembekal dalam pembelian produk, Kaedah ini boleh menjimatkan masa dan kos tanpa menggunakan orang tengah dan tanpa keluar ke mana-mana kedai.
- Untuk membantu pembekal menyimpan transaksi mereka. Semua produk dikodbarkan dam boleh dibaca oleh pengimbas kod bar untuk membantu dalam menentukan harga dan menguruskan inventori.
- Untuk membantu pekerja berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan untuk apa-apa keperluan dan untuk dapatkan pengemaskinian inventori yang terkini yang akan dimaklumkan kepada pelanggan.
Saturday, November 1, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Generasi-generasi Komputer
Generasi Pertama (1940 - 1956)
Generasi pertama komputer adalah besar, perlahan, mahal dan kebiasaannya tidak boleh dipercayai. Pada tahun 1946, dua orang Amerika, Presper Eckert dan William Mauchly membina ENIAC (Electronic Integrator and Computer). Ia menggunakan tiub vakum yang ada pada suis mekanikal bagi MARK 1.
Generasi pertama komputer adalah besar, perlahan, mahal dan kebiasaannya tidak boleh dipercayai. Pada tahun 1946, dua orang Amerika, Presper Eckert dan William Mauchly membina ENIAC (Electronic Integrator and Computer). Ia menggunakan tiub vakum yang ada pada suis mekanikal bagi MARK 1.
Tiub vakum
MARK 1
UNIVAC (UNIVERSAL AUTOMATIC COMPUTER)
ENIAC (ELECTRICAL NUMERICAL INTEGRATOR AND COMPUTER)
Pada 1951, Eckert adan Mauchly membina UNIVAC, yang mana ia boleh mengira kadar purata sebanyak 10,000 penambahan dalam beberapa saat.
Sunday, August 3, 2014
Evolusi Komputer
Pada awal tahun-tahun sebelum komputer dicipta, terdapat beberapa ciptaan mesin pengiraan. Mesin-mesin tersebut adalah :
1. 200 sebelum masihi - Sempoa Cina
6. Tahun 1801 - tenunan mesin tenun (oleh Joseph Marie Jacquard)
1. 200 sebelum masihi - Sempoa Cina
2. 500 sebelum masihi - Sempoa Mesir
3. Tahun 1620 - Tetulang Napier (oleh John Napier)
4. Tahun 1653 - Pacaline (oleh Blaise Pascal)
5. Tahun 1673 - komputer Leibniz (oleh GOTTFRIED WILHELM VON LEIBNIZ)
6. Tahun 1801 - tenunan mesin tenun (oleh Joseph Marie Jacquard)
7. Tahun 1823 - mesin kalkulator mekanikal (oleh Charles Babbage)
8. Tahun 1941 - MAR K1 (Harvard University)
Sunday, July 20, 2014
Garis Masa Teknologi
3500 sebelum masihi - orang Sumeria telah mencipta penulisan kuneiform.
1500 sebelum masihi - orang Poenix telah mencipta huruf.
105 sebelum masihi - Tsai Lun dari negara China telah mencipta kertas.
Tahun 1451 - cetakan pertama bermula apabila adanya mesin pencetak dicipta
Tahun 1793 - telegraf dicipta..
Tahun 1876 - telefon pertama diperkenalkan.
Tahun 1952 - televisyen dicipta dan diperkenalkan kepada orang ramai.
Tahun 1941 - komputer dicipta.
Tahun 1958 - mesin fotokopi / fotostat diperkenalkan.
Tahun 1963 - komunikasi satelit diperkenalkan.
Tahun 1969 - Internet pertama diperkenalkan sebagai ARPANET diperkenalkan.
Apa itu komputer ?
Komputer adalah mesin kegunaan am yang memproses data mengikut set arahan-arahan yang diberikan. Set arahan-arahan ini dipanggil 'program'. Daripada pemahaman pengguna biasa, komputer adalah boleh didefinasikan sebagai peranti elektronik yang mempunyai kebolehan untuk memproses data dan kemudian menukarkannya kepada maklumat yang berguna untuk/kepada manusia.
Apabila ramai orang bercakap tentang komputer hari ini, mereka akan merujuk kepada komputer digital elektronik seperti komputer peribadi, laptop, komputer tangan atau komputer besar yang digunakan untuk perniagaan. Terma 'digital' bermaksud ia menggunakan pengiraan berdasarkan digit binari. Binari adalah satu sistem nombor notasi yang menggunakan nombor "0" dan "1" dalam kombinasi yang pelbagai. Litar elektronik yang "on" atau "off" keadaan elektrikalnya untuk mewakili nombor-nombor binari "1" dan "0" di dalam komputer secara dalaman.
Apabila ramai orang bercakap tentang komputer hari ini, mereka akan merujuk kepada komputer digital elektronik seperti komputer peribadi, laptop, komputer tangan atau komputer besar yang digunakan untuk perniagaan. Terma 'digital' bermaksud ia menggunakan pengiraan berdasarkan digit binari. Binari adalah satu sistem nombor notasi yang menggunakan nombor "0" dan "1" dalam kombinasi yang pelbagai. Litar elektronik yang "on" atau "off" keadaan elektrikalnya untuk mewakili nombor-nombor binari "1" dan "0" di dalam komputer secara dalaman.
Contoh komputer desktop/meja yang ada pada hari ini
Friday, July 18, 2014
Teknologi
Apa itu teknologi ?
Teknologi adalah penggunaan ilmu pengetahuan, pengalaman dan sumber secara saintifik untuk mencipta proses dan produk yang dapat memenuhi kehendak manusia. Teknologi adalah penting di dalam komunikasi.
- Komunikasi Bantuan - Telefon dan mesin faks adalah peranti-peranti yang digunakan dalam meneruskan komunikasi.
- Komunikasi Penyebaran - Untuk menyebarkan malumat seperti berita atau laporan ramalan cuaca secara berkesan. Radio, televisyen, satelit dan 'World Wide Web' (www) adalah alatan yang berkuasa yang sering digunakan.
Komunikasi
Apa itu komunikasi ?
Komunikasi ialah satu tindakan menghantar mesej atau pesanan. Ia adalah proses di mana maklumat bertukar antara individu menggunakan simbol, tanda atau interaksi lisan. Sebelum ini, manusia berkomunikasi melalui tanda atau simbol, mempersembahkan drama dan puisi. Kini, dengan kemajuan teknologi, cara-cara lama ini semakin kurang digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan internet, emel atau persidangan video.
Komunikasi adalah penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, kita akan lebih yakin dalam menyampaikan/meluahkan idea dan fikiran kita.
Komunikasi adalah penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, kita akan lebih yakin dalam menyampaikan/meluahkan idea dan fikiran kita.
Thursday, July 17, 2014
Maklumat
Apa itu maklumat ?
Maklumat merujuk kepada ilmu pengetahuan yang didapati daripada pembacaan, penyiasatan, pelajaran dan kajian.
Alatan untuk menghantar maklumat adalah seperti telefon, televisyen dan radio.
Kita perlu malumat untuk membuat keputusan dan menjangka masa hadapan. Sebagai contoh, saintis boleh mengenalpasti maklumat/info tentang tsunami dengan menggunakan teknologi terkini dan boleh memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelakkan bencana di dalam kawasan yang dikenalpasti menghadapinya.
Maklumat juga adalah pengetahuan dan membantu kita untuk memenuhi tugasan harian kita. Contohnya, menjangka pasaran tukaran mata wang asing/stok.
Monday, July 14, 2014
Pengenalan kepada ICT atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Apakah maksud TMK?
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK adalah teknologi yang digunakan dan diperlukan untuk menguruskan dan memproses maklumat. Dengan kata mudah, ia adalah bermaksud penggunaan komputer-komputer berelektronik, peranti-peranti komunikasi dan aplikasi-aplikasi perisian untuk menukar, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan menerima maklumat dari mana-mana dan di mana-mana. Disebabkan itu, pakar komputer selalu dipanggil pakar Teknologi Maklumat dan pegawai Teknologi Maklumat.
Sunday, July 6, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)