Friday, November 28, 2014

Teknologi-teknologi Pengesahan

Pengesahan adalah proses di mana pengguna mengesahkan identiti mereka.  Pengesahan adalah berhubung dengan masalah bagi menentukan sama ada pengguna patut akses dibenarkan untuk sistem tertentu,   Empat cara pengesahan yang biasa : 
  1. Pengenalan pengguna - (sesuatu yang kita tahu - perlu untuk mengingat).  Pengenalan pengguna adalah gabungan unik bagi aksara (huruf, nombor atau simbol) yang mengenalpasti pengguna yang spesifik.  Contoh bagi pengenalan komputer adalah nombor pin dan katalaluan.

Cara-cara untuk menjadikan data peribadi lebih terpelihara/dilindungi


  1. Membeli barangan dengan tunai berbanding menggunakan kad kredit.
  2. Memasang tembok api peribadi.
  3. Bersihkan fail history anda apabila anda selesai melayari internet.
  4. Catatkan nombor telefon yang tidak tersenarai atau dalam simpanan.
  5. Hanya isikan maklumat penting pada borang pendaftaran yang mempunyai jaminan.

Thursday, November 27, 2014

Etika Komputer dan Isu yang Menyalahi Undang-undang

Definisi :

  1. Etika komputer adalah sistem piawaian piawaian atau nilai moral yang digunakan sebagai garis panduan untuk pengguna komputer.
  2. Kod etika adalah garis panduan dalam ICT yang membantu menetukan sama ada tindakan komputer spesifik adala beretika atau tidak beretika.
  3. Harta intelek adalah hasil kerja yang dicipta oleh pereka-perka, pengarang-pengarang dan -pelukis-pelukis.
  4. Kebersendirian adalah merujuk kepada hak individu dan syarikat untuk menafikan atau menyekat koleksi dan penggunaan maklumat tentang mereka.
  5. Jenayah komputer adalah apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-undang yang melibatkan komputer.
  6. Undang-undang siber adalah apa-apa undang-undang yang berkaitan untuk melindungi Internet dan teknologi-teknologi komunikasi atas talian.

Tuesday, November 25, 2014

Undang-undang Harta Intelek

Undang-undang harta intelek melindungi idea, ciptaan/rekaan, penciptaan literasi, nama unik, modal perniagaan, proses perindustrian, kod program komputer dan banyak lagi.

Empat jenis Harta Intelek adalah :

  • Paten untuk ciptaan/rekaan
  • Tanda dagangan untuk identiti jenama
  • Reka bentuk untuk penampilan produk
  • Hak cipta untuk material/bahan

Perbezaan Etika dengan Undang-undang

Etika
Undang-undang
Sebagai garis panduan untuk pengguna komputer
Sebagai peraturan untuk mengawal pengguna komputer
Pengguna komputer adalah bebas mengikut atau mengabaikan kod etika
Pengguna komputer mesti mengikut peraturan dan undang-undang
Universal iaitu boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja satu dunia
Bergantung pada negara dan negeri di mana jenayah itu berlaku
Untuk menghasilkan pengguna komputer yang beretika
Untuk menghalang/mengelakkan komputer disalahgunakan
Tidak mengikut etika adalah dipanggil tidak bermoral
Tidak mematuhi undang-undang adalah dipanggil jenayah

Kesan ICT/TMK kepada Masyarakat

Kesan Positif :

  1. Kelajuan komunikasi lebih cepat.  Dengan adanya internet, berita dan pesanan boleh dihantar secara emel kepada sesiapa secara efisyen. Dengan kebolehan jalur lebar dan kelajuan sambungan pada internet, apa-apa maklumat boleh sampai dengan laju.
  2. Kos komunikasi lebih rendah.  Dengan menggunakan internet, kita tidak perlu membayar apa-apa perkhidmatan asas yang dibekalkan oleh talian internet.  Tambahan lagi, kos sambungan pada internet adalah agak murah.
  3. Orang boleh berkongsi pendapat dan maklumat melalui kumpulan perbincangan dan forum melalui internet.
  4. Maklumat boleh disimpan dan diterima melalui media digital dan kurang menggunakan kertas (persekitaran kurang kertas).
  5. Maklumat dan komunikasi adalah tanpa sempadan melalui internet.  Dengan menggunakan internet, masyarakat di seluruh dunia boleh berhubung antara satu sama lain dengan mudah.
Kesan Negatif :

  1. Maklumat tanpa sempadan pada masa-masa tertentu boleh menjadi negatif kerana ia menggalakkan masyarakat untuk mengakses video lucah dan laman web ganas.  Ia boleh menyebabkan nilai moral menjadi rendah.  Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti berjudi, kecurian maklumat dan penipuan.
  2. Komputer boleh membahayakan sesiapa jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang lama secara kerap.

Perbezaan antara berkomputer dengan tidak berkomputer

Perbankan
Computerized
Non-Computerized
Semua aktiviti perbankan dilakukan dengan menggunakan komputer
Semua aktiviti perbankan dilakukan secara manual.
Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
Transaksi hanya boleh dilakukan semasa waktu bekerja
Ia mengambil masa yang sangat singkat untuk apa-apa proses perbankan
Ia mengambil masa yang lama untuk apa-apa proses perbankan
Lebih produktif
Kurang produktif 

Perindustrian
Computerized
Non-Computerized
Produksi menjadi pantas : boleh dipertingkatakan melalui operasi seharian
Produksi menjadi perlahan kerana dilakukan secara manual dan bergantumg kepada tenaga manusia.

Pendidikan

Computerized
Non-Computerized
Guru menggunakan komputer untuk membuat kajian tentang bahan bantu mengajar, melibatkan diri dalam forum atas talian dan persidangan secara atas talian.
Guru menggunakan kapur dan percakapan untuk mengajar, perbualan dan persidangan